Novel: No Feeling Gurl! (BAB24)



ARASHIYAMA, Kyoto penuh dengan pohon-pohon sakura yang mula berkembang mekar. Walaupun musim bungaannya masih belum tiba lagi. Arashiyama sentiasa dipenuhi pengunjung terutama pada hunjung minggu akan jadi pilihan untuk bersantai.

Hontoni?! (Awak pasti)”

Hai! (Pasti!)”

Sono yona rur ga sonzai shinakeraba naranai riyou? (kenapa perlu ada peraturan seperti itu?)”

Tsuna melepaskan keluhan. Pening kepala memikirkan tentang desakan keluar dan kehendak hatinya sendiri. Bukan dia tiada pendiriannya sendiri, tetapi dia lebih memikirkan masa depannya dan jugak bakal anak-anaknya kelak dia mempunyai anak dengan seorang gadis. Pastinya gadis itu adalah Airi.

Airi Sasagawa merupakan anak  keluarga empayar terbesar dalam bidang perhotel dan sedang giat dalam bidang pendidikan. Membuka peluang pengajian baru yang berpendidikan tinggi sama ada didalam atau diluar Negara. Tambahan pula Airi mempunyai rupa paras yang cantik dan mempunyai bulu mata lentik persis mata warga korea. Tidak terlalu bulat dan tidaklah terlalu sepet. Menenangkan sahaja…

Tsuna sangat mencintai Airi. Tetapi keluarga masing-masing menghalang kehendak hati ini. Tidak tahu masalahnya dimana sehingga masing-masing tidak meyetujui hubungan mereka. Dari sebelah pihak Tsuna, Airi perlu meninggalkan keluarga buat selama-lamanya jika mahu bersama dengan Tsuna. Manakala dari pihak keluarga Airi turut meletakkan syarat yang sama kepada Tsuna. Masing-maising pening kepala.

Beberapa ketika suasana sepi diantara mereka hanya ditemani oleh suara jeritan kecil dua orang kanak-kanak. Adik beradik mungkin. Seronok berlari dikejar oleh si abang dari belakang dan diperhatiakn oleh sepasang suami isteri yang sedang enak bersantai dibawah pohon Sakura.

“Tsuna-kun…” Panggil Airi.

Tsuna Watanuki menoleh. Faham benar dengan perangai si Airi jika bebuat manja atau apabila nada memangil namanya agak berlagu bermakna ada sesuatu yang akan dipinta oleh gadis kecil molek itu.

“hem…” 

Watashi wa anata to kekkonshitai. Tsuna Kun… (Saya mahu berkahwin dengan awak. Tsuna…)” Luah Airi tanpa segan silu terus meluahkan isi dihati.

Tsuna tergamam terus melepaskan keluhannya sekali lagi.

Watashi wa kanodeareba. Watashi wa ima, anata to kekkonshitai… (Kalau boleh. Saya mahu kahwin dengan awak sekarang juga….)” Ujar Tsuna dan sekali lagi keluhan berat dilepaskan.

Watashi wa kimemashita. Watashi wa anata ga anata no kazoku to issho ni taizai shitai hoka! (Saya putuskan. Saya akan hidup disamping awak dan keluarga awak!)” Tsuna terkedu dengan ungkapan tegas Airi. Jarang sekali Airi bekerlakuan tegas seperti hari ini.

Shikashi… (Tapi…)”Kata-kata bantahan Tsuna terhenti apabila Airi dengan tidak malunya menyium dua ulas bibir kepunyaan Tsuna. Meraka leka seketika dengan keasyikan keindahan matahari terbenam. Jelas sekali banyangan matahari yang kuning kemerah-merahan menyorokkan diri untuk memberi ruang kepada bulan menghiasi bumi matahari terbit itu pula.


TONDEMONAI! (Tak boleh!)” Pekikkan Arigaki kedengaran hingga keluar Okochi Sanso Villa.

Watashi o mushi! Watashi wa Tsuna-kun ni ikitai! (Pedulikan saya! Saya mahu bersama Tsuna-kun!)” Pekikkan Airi pula kedengaran.

Airi menghentak-hentak kakinya apabila tangannya direntap oleh Arigaki, Abang kandungnya.

Ie, watashi wa anata o tebanasu ikenai! Anata ga kikon dansei to suru koto wa dekimasen! (Abang tak benarkan kau pergi! Kau tak boleh kahwin dengan jantan itu!)” Suara Arigaki cuba di rendahkan tapi masih kedengaran dibalik pintu.

Fujin Sasagawa dan Shi Sasagawa yang sejak dari tadi hanya jadi pemerhati pertelingkahan diantara dua beradik mula berasa sesak. Sesak jiwa rasanya. Mereka tidak tahu bagaimana dia mahu menerangkan situasi yang sebenar dan kenapa perkahwinan di antara Tsuna dan Airi di tegah sama sekali.

Bukan tidak mahu Airi bahagia, Ibu bapa mana yang sanggup meluhat anak mereka dalam kesedihan? Cuba kasi tahu siapa. Meh, nak belasah. Meh! Setelah sekian lama pencarian yang selama bertahun mencari dan kini mereka telah jumpa dengan Hidayah.

Hidayah atau Cahaya petunjuk yang diturunkan oleh Maha Esa untuk hamba-hambanya yang dikehendaki.

Ya, Keluarga sasagawa telah membuat keputusan untuk menjadi sebuah keluarga yang mempunyai peganggan hidup dan tujuan mereka dilahirkan didunia ini. Tetapi apakan daya. Fujin dan Shi Sasagawa masih lagi jahil tentang agama, hanya dia tahu pekara asas yang perlu diterapkan dalam kehidupan seperti melakukan solat, menutup aurat, dilarang bersentuhan diantara bukan muhrim dan sama sekali tidak dibenarkan berkawin dengan bukan Islam.

Ikaga Shite?! (Kenapa?!)” Tengking Airi. Tangannya yang di pegang ketat oleh Arigaki terasa longgar. Lantas merentap tangannya kembali dan menyambung mengisi pakaiannya kedalam bagasi silver keras. Pastinya mahal. Boleh buat cermin lagi…

Wareware wa ni iko shimasu… (Kita akan berhijrah kepada…)” Kata-kata Arigaki terhenti. Bimbang akan penerimaan Airi yang dalam keadaan marah ketika itu. Tambahan pula, hanya dia sahaja yang belum tahu tentang perancangan mereka sekeluarga memeluk islam. Bagi mereka Airi masih belasan tahun dan tidak perlu merunsingkan kepala memikirkannya hanya ikut apa kata keluarga.

Tetapi belum sempat hasrat hati mereka bertiga untuk memeluk agama Islam bersama-sama, Airi terlebih dahulu menunjukkan protes dengan permintaan berkahwin dengan Tsuna Watanuki.

Ikaga shite! (kenapa!)”Dengan sinis Airi bertanya. Di dalam hati Airi, dia menyumapah seranak Abangnya kerana cuba memburuk-burukkan Tsuna.

Hem… watashi wa anata no sagi ni mimiwokatamukeru koto o kitai shinaide kudasai! (Hem…Jangan harap aku akan dengar penipuan kau!)’

“We’re going to embrace Islam…” Akhirnya terluah juga ayat yang ingin di khabarkan kepada Airi. Walaupun terpaksa berbahasa Inggeris kerana dengan berbahasa Inggeris dirinya berasa lebih berkeyakinan.

Airi terkedu. Tidak tahu mahu beriaksi seperti apa. Apa yang dia tahu, Dia mahu bersama Tsuna juga…

Tsuna-kun wa watashi no tame ni matte iru. Mo ikanakucha! (Tsuna-kun sedang menunggu saya. Saya Patut pergi!)” Ujar Airi dengan suara yang agar bergetar. Tangan yang tampak kemerahan dibahagian pergelangan tangan disebabkan oleh peganggan kejap oleh Arigaki mencapai bagasi silvernya terus berlalu keluar. Fujin Sasagawa dan Shi Sasagawa terkejut dengan rempuhan anak perempuannya berlalu dari pintu bilik tanpa pamir.

“Airi-chan…”Laung Ibunya.

Watashi wa Airi Watanuki gozen! (Saya ialah Airi Watanuki!)” Ujar Airi dengan tegasnya. Tanpa belihat wajah kedua ibu bapanya, Airi terus berlalu dengan membawa satu tujuan. Dia mahu menjadi milik Tsuna.

Shi Sasagawa hanya melihat langkah Airi menuju ke pintu depan Okochi Sanso Villa. Satu keluhan dilepaskan. Dia turut terkejut dengan tindakan drastic anak perempuannya yang dahulunya lemah lembut dan mendengar kata. Tetapi sekarang besar kepala.

Arigaki terkaku dengan tindakan Adik kesayangannya. Apa yang kurang dalam keluarganya. Kaya seperti Watanuki, malah lebih kaya dari Watanuki. Adakah ini adalah salah satu ujian yang diberikan oleh tuhan untuk diuji.

‘Ya, Ujian. Aku akan bawa kau kepada jalan yang benar Airi Sasagawa…’ Nekat Arigaki. Dia akan pastikan Airi terbuka hati untuk memeluk Islam suatu hari nanti.


TSUNA-KUN , Watashi wa anata to issho ni itai… (Tsuna-kun, saya mahu bersama dengan awak...)”  Pohon Airi melalui telefon sambil kakinya melangkah melalui jalan yang kelam yang hanya disinari cahaya bulan.

Nani o! anata wa ima doko ni iru? (Apa! Awak dimana sekarang?)” Tanya Tsuna setelah dia terdengar derungan nafas Airi seperti tercungap-cungap dan derungan angina yang menyapun genggaman telefon bimbit.

Itsumo no basho…(Tempat biasa…)” Jawab Airi. Tempat yang dikunjungginya petang bersama Tsuna tadi menjadi tempat singgahannya sebelum begelar Airi Watanuki. Tambahan pula  Arashiyama adalah salah satu tempat kegemarannya.

Ya, dia perlu lepaskan kesemuanya disini. Disini bermuka hidupnya sebagai Airi Sasagawa, disini jugalah pengakhiran hidup Airi Sasagawa dan digantikan dengan Watanuki…

“Airi-chan!!” Laung satu suara dari kejauhan.

Tsuna berlari arnab melangkah menghampiri Airi yang sedang duduk disebuah bangku dibawah pohon sakura yang sudah nampak bunganya.

Anata wa ie hashitta? (Awak lari dari rumah?)” Tanya Tsuna. Kehairanan melihat Airi membawa dirinya bersama sebuah bagasi silver yang boleh tahan besar bersebelahan dengannya.

Airi menggeleng kepalanya.

Shinai… (Tidak…)” Airi terus bingkas banggun dan memeluk Tsuna.

Watashitachiha issho ni narudarou. Forever…. (Saya mahu bersama awak, Selamanya)” Gumam Airi yang masih dalam dakapan Tsuna.

Shin… (benar…)”

Airi tidak menjawab hanya menjawab melalui pegerakan kepalanya yang mengangguk.

Tsuna hanya tersenyum riang, dakapannya dieratkan lagi. Semoga tiada lagi penghalang cinta mereka...


READ... READ... READ... happy ramadhan to all muslim... n dont forget to pray for Gaza... :)